Pantas....

Cepatnya masa berlalu dengan pantas.....
Minggu ini minggu study week. Tapi hari ini dah sampai hari Jumaat...
Sepatutnya kena pepare 1st paper saya iaitu Pendidikan & Masyarakat pada hari Isnin (26 Oct)......Tapi malas betul nak baca...
Macam mana ni????HELPPPPPPP :-(
apa nak buat???Mestilah kena baca...Haiz!!!!

Dah berlalu...

Minggu yang memenatkan tu dah berlalu....Seterusnya kenalah menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam proposal yang mesti hantar pada minggu ke-15, iaitu minggu hadapan...Markahnya banyak (50%)!!!Komen-komen yang diterima tu mestilah digunakan dengan sepenuhnya dalam proposal yang ada dalam pembentangan hari tu....
Tambahan pula ada kelas ganti Mr AJ pada hari Selasa depan....
Ingatkan study week tak ada kelas...Tapi nak buat macam mana???Kenalah pergi juga kelas tu, sebab sangat penting dalam final exam!!!Hahahaha!!!!!Tak apalah....hanya satu kelas saja...
Lepas minggu depan pula start final exam selama 3 minggu...Bayangkan cuma 5 subjek sahaja dalam masa 3 minggu tu...Minggu pertama hari pertama ada satu paper...Then 2 paper pada minggu ke-2 dan ke-3...Bagus juga sebenarnya sebab ada masa yang mencukupi untuk membuat ulang kaji....
Haiz!!!Cepatnya masa berlalu....Hampir habis pula final year sem 1.....

Berakhirlah presentation proposalku....

Hehe!!!Akhirnya selesai presentation proposalku semalam...
Tapi sebelum present tu, bukan main gementarnya saya...
Dahlah nervous...Tanganku asyik bergetar saja pegang microphone tu...
Orang terakhir present sesi petang....Kenalah berdepan juga dengan 6 orang pensyarah!!!
Tapi rata-ratanya semua juga pernah mengajar saya...my mama sure kena ada...jika tidak, lagi takut saya nak berdepan dengan mereka...
Overall, luckily my presentation ok...at least tak seteruk yang saya fikir...
Memang lega betul bila dah habis present...dan habis dengan lebih awal...Haha!!!

Presentation proposal....

Hari presentation proposal semakin hampir....
Semakin hari semakin nervous!!!!Macam mana ni????
Entahlah....nak buat macam mana???Orang terakhir pula pada hari Selasa (13/10/09)....
Hari-hari tidak kira buat apa-apa pun juga fikirkan presentation tu....Tidak kira makan ke, minum ke, mandi ke, buat apa-apa dan di mana-mana sahaja juga fikirkan tu....apa nak cakap, bagaimana nak cakap, intonasi yang macam mana dll!!!!
Dahlah biasanya tak begitu ada keyakinan tu!!!!Presentation pula ada 5 panel yang beri komen dan markah!!!!Nervous nervous nervous!!!!!!
Tapi nervous pun tak guna juga!!!!Sebab tu hari-hari juga kena beritahu sendiri bahawa nervous tak memberi sebarang manfaat tu!!!!Baik beritahu sendiri bahawa mesti confident!!!
Seperti yang dikatakan oleh the late of Michael Jackson-This is it!!!
Inilah masa-masa yang dinanti-nantikan untuk membentangkan kajian kita ni....
Takkan semata-mata hanya takut nak berdepan dengan 5 orang lecturer itu dan tidak dapat present dengan baik???Hanya 30 minit saja!!!!Tak apalah just berperang dengan mereka!!HAHA!!!!!
Sebab tulah walau macam mana sekali pun, presentation proposal hanya sekali sahaja!!!
Dengan itu, presentlah dengan sedaya upaya...Jika tidak, macam mana dapat memaafkan kita yang selama ini telah meluangkan masa dan tenaga yang banyak dalam kajian kita!!!!
Biarlah kajian kita tu berbaloi dengan apa yang telah buat sejak Latihan ilmiah ini dimulakan!!!
Oklah...Saya berharap presentation saya dapat berjalan dengan lancar pada hari Selasa ini dan all the best to my all cousemates... :-)

Rumusan detik-detik minggu lepas (27/09-04/10)

Ahad : Balik dari seminggu cuti raya...Bawa semua assignment balik ke hometown masa itu tapi hanya buat draf tesis yang tak siap-siap tu...itupun hanya buat sikit aje!!!!Maklumlah cuti...enjoy mood cuti saje...Hehe!!!!Malas betul nak buat assignment ni....tapi tak buat pun tak boleh!!!!terpaksalah buat jugak pada hari ini...

Isnin : Teruskan draf bab 1 dan bab 2....Akhirnya siap juga draf bab 1!!!Haha. Bab 2 pula, kosa ilmu dah siap tapi hanya tinggal analisis kritis sahaja.....Bab 3 pula kenalah tambah lagi maklumat sebab esok (Selasa) kena present metod!!!!!!!Siap juga akhirnya...Tapi pagi tadi tak ada kelas bahasa asing pun tak ada orang beritahu!!!!Kesian hanya tinggal saya, Sabariah dan Gong Cheng!!!!! Then ada meeting tentang seminar hari Khamis....Lepas tu discuss poster komputer tulah!!!Tak siap-siap lagi....

Selasa : Hari presentation metod....tapi sebelum tu kena discuss poster dan buat dengan Terry....Lepas siap buat design tu, kena fikir pulak serangkap pantun!!!pertama kali buat dengan Terry, pantun tu ok juga.....Then present metod!!!!Berdebar-debar tu....bila sampai aje saya...jz present present sajalah, tak fikir banyak-banyak!!!!Nasib baik ok jugak!!!hehe....Then pergi hantar draf bab 1 kepada Prof Shimah....Finally dapat hantar draf...Lepas tu kena baca Psiko pulak sebab ada kuiz.....

Rabu : Kuiz kuiz kuiz Psiko.....lepastu pergi kelas pendidikan masyarakat....mengantuk betul!!!!Maklumlah hari-hari jugak tidur lewat bangun awal!!!!!Sampai aje bilik terus tidur....Lepastu buat draf analisis kritis kosa ilmu....sebab dah berjanji dengan Prof nak hantar draf bab 2 dan 3 minggu ni jugak....dan akhirnya siap juga...Hahaha

Khamis : Tibalah hari seminar....Kena bangun awal sebab pukul 8 kena sampai di PPBL....excited juga sebab boleh tengok poster-poster rakan yang lain!!!!Then tampal semula poster sebab double selo tape tak lekat!!!!Then bermulalah majlis tu!!!Selepas majlis dirasmi, kami bergambar bersama-sama!!!!Dapat dirasai bahawa rakan-rakan yang lain juga excited seperti saya!!!Hehe!!!Setelah selesai seminar dan lunch, kami pun menyiapkan kerja-kerja yang lain then bersurai kira-kira pukul 1pm.....Tambahan pula, tutorial bahasa asing pada pukul 4pm telahpun dibatalkan!!!Haha...Saya pun balik ke hometown saya...& Guys....thanks for help & u all r the best....

Jumaat : Asalnya nak buat assignment Pendidikan dan Masyarakat, tapi dah lupa bawa buku tu so tak dapat buatlah!!!Haiz!!!asalnya ada hati nak buat tapi....dah lupa bawa balik nak buat macam mana???

Sabtu : Hari perayaan besar bagi kaum Cina iaitu Mooncake Festival....Malam pula ada plan makan steamboat di rumah uncle & untie (Mum side)....kenalah prepare makanan....goreng french fries dan sebagainya....Kenyangnya makan steamboat dan mooncake!!!then mainlah tanglung dan tengok bulan yang begitu cantik dan bulat!!!Haha!!!

Ahad : Terasa sangat penat sepanjang minggu ni.... Tapi macam manepun kenalah balik ke Bangi juga...Lain-lain assignment yang tak siap-siap tu juga kenalah siapkan jugak biarpun sangat letih dan mengantuk!!!!

Selamat Hari Raya.... :-)

Gembiranya Hari Raya dah nak tiba...esoklah hari pertama...
Inilah yang dinanti-nantikan oleh mereka yang beragama Islam yang telah berpuasa selama berpuasa....seronoknya kerana di samping pergi mengunjungi kawan-kawan, malah dapat bercuti selama seminggu....Tapi.....assignment (dan jugak tesis) tu berlambak-lambak pulak.....Ish.....cuti juga kenalah menyiapkan assignment-assignment tersebut!!!!Apa nak buat????Terpaksalah!!!!
Tapi macam mane pun, kepada semua coursemates linguistik, Selamat Hari Raya.....jangan lupa bawa kuih masa balik dari cuti nanti...Haha!!!!

Photo Linguistic...our class photo....

10th September 2008....
Di bawah matahari yang sangat sangat terik, akhirnya class foto kami telah siap ditangkap!!!
Panasnya hari tu!!!Tapi kepanasan itu tidaklah begitu menjejaskan mood kami untuk menyiapkan foto yang terdiri daripada pose-pose yang berbeza...
Dari pose yang formal dan serius sehinggalah kepada pose-pose yang kelakar dan bersahaja...
Kot hitam yang dipakai bukan mainnya nipis...agak tebal juga!!!!
Itulah sebabnya semasa pose formal dan serius tu, peluh dari belakang badan macamlah hujan!!!
Haha!Biarpun begitu, saya dapat merasakan bahawa kesemua courmate yang menghadiri sesi fotografi tersebut sangat enjoy....

Syioknya...hahahahah!!!!

Hahahaha!!!!!Tak pernahpun dapat banyak komen blog dari rakan-rakan selama ini.....
Kali ini memang syiok...Tau tak kenapa????Blog tentang Diang memang mendapat komen yang banyak sekali dari rakan-rakan.....Maklumlah....Diang ni memang cute betul....Bertuahnya dapat berkenalan dengannya dan tidak lupa juga akan-rakan yang lain...Thanks frens!!!!Frenz forever :-)

Cute cute Diang

Haha...Diang ni......ingat tak 'sayang sayang, sayang sayang sayang'!!!!
Berdirinya bulu roma saya ni....rasanya seluruh rakan kelas juga rasa macam tu....Hehe....
Yang bukan tutorial pukul 2 tu, tak dapatlah dengar 'sayang' yang begitu 'touch'!!Haha!!!
Sebenarnya, Diang dari Za'ba ni sangat cute....suka menyanyi semasa tutorial ling & komputer..
Rasanya En.Ajay juga rasa macam tu...hohoho...Selain tu, saya juga suka tengok Diang dan Gong Cheng....Kalakarnya bila nampak seorang 'memaksa cinta' dan seorang lagi 'dipaksa cinta'...Hahah....Just kidding jer...Hope Diang x mind...

tesis.....tesis....

Tesis......oh tesis.....
Bilalah nak habislah ni.....
Hari hari jugak kenalah fikirkan tesis......

H1N1 yang semakin menakutkan!!!!!

H1N1 memang sangat menakutkan. Bilalah virus ini akan melesap selama-lamanya? Hanya 26 hari sahaja telah meragut 59 orang. Hari ini pulak 3 orang lagi telah meninggal dunia disebabkan oleh virus ini!!! Hari ini meragut 3 orang lagi nyawa yang berharga ini menjadi 62 kes!!!

Tetapi apa yang saya rasa agak pelik ialah adakah keadaan ini tidak begitu membimbangkan? Dalam masa yang singkat ini kematian telah meningkat sehingga 62 kes. Jika diteliti dengan teliti, purata sebanyak 2-3 kes kematian berlaku setiap hari. Pergi mana pun kena pakailah mask. Tetapi ramai juga orang yang tidak pakai mask. Adakah mereka merasa bahawa kadar menghidap penyakit ini adalah rendah? Atau mereka memang tidak risaupun akan kena penyakit ini? Atau mereka tidak takut akan mati?

Mask pun bukannya mahal sangat. Pakai pun tak begitu leceh! Tapi, kalau kekurangan stok, mahal pun kena beli juga. 10sen, 20sen, 70sen,80sen juga ada dijual di hometown saya. Tapi, sekejap sahaja telah habis dijual! Minggu lepas mereka kata di sekitar bangi juga kehabisan stok! Kenalah pergi ke balakong beli di 7-11. Tau tak berapa harganya? RM1.30!!!! Nak tak nak beli? Kenalah beli juga. Sebab takut mati!!!Haha!!!!

Harap-haraplah rakyat sekalian sentiasa menjaga kesihatan diri. Jika batuk atau selsema, pakailah mask tu!!! Janganlah menyebarkan virus-virus!!!! Bahaya juga tu.

Pendapat tentang pencemaran bahasa.

Adakah pencemaran bahasa wujud? Pada pendapat saya, pencemaran bahasa memang wujud. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya budi bahasa, sudah tentunya pencemaran bahasa wujud juga. Bukankah macam ini? Bagi orang lain, tidak semestinya kedua-duanya wujud pada masa yang sama, tetapi perkara tersebut mungkin terjadi. Siapa tahu, kan?

Mengapakah pencemaran bahasa wujud? Adakah pencemaran bahasa sama dengan kebiadapan berbahasa? Hah… Inilah persoalannya. Jika kebiadapan berbahasa sama dengan pencemaran bahasa, maka pencemaran bahasa wujud. Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah sama dan berkaitan di antara satu sama lain.

Kita pun sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang berperasaan. Siapalah yang tak tahu, kan? Haha! Dengan itu, kita sering menggunakan bahasa untuk menggambarkan perasaan kita. Ada sesetengah orang kerap menggunakan bahasa yang biadap untuk melepaskan perasaan atau tekanan mereka kononnya lebih hebat dan macho serta dapat menakutkan dan membuli orang lain. Kebiadapan inilah yang akan menyebabkan pencemaran bahasa berlaku. Terdapat juga orang yang suka berfikir kotor atau lucah dan suka bercakap tentang lucah. Secara langsung dan tidak langsung, ini juga akan mencemarkan bahasa tidak kira bahasa apa pun, kan?

Inilah pendapat saya tetapi sehinggalah tutorial Metodologi Penyelidikan hari Selasa yang lepas, rakan tutorial saya telah membentangkan permasalahan kajian dan objektif kajian. Tajuk tesisnya berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam media. Rupa-rupanya bahasa rojak juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Kenapalah saya tidak terfikir tentang point ini? Oleh itu, saya pun berfikir lagi tentang bahasa rojak. Jika berfikir dengan lebih mendalam lagi, memang bahasa rojak daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang berpelajaran atau tidak berpelajaran, jika mereka kerap menggunakan bahasa rojak, sudah pastinya lama-kelamaan akan mencemarkan bahasa. Maksud saya adalah penggunaan bahasa rojak secara meluas akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Itu mungkin terjadi tetapi bila akan berlaku? Hanyalah Tuhan sahaja yang tahu.

Saya turut terfikir tentang bahasa pinjaman. Mungkinkah bahasa pinjaman juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa? Tetapi bahasa pinjaman ini mungkin akan menyebabkan sesuatu bahasa tersebut menjadi tidak begitu tulen sahaja, kan? Tidak seteruk mencemarkan sesuatu bahasa kut? Tidak pastilah! Tetapi ada kemungkinan juga, kan?