Pendapat tentang pencemaran bahasa.

Adakah pencemaran bahasa wujud? Pada pendapat saya, pencemaran bahasa memang wujud. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya budi bahasa, sudah tentunya pencemaran bahasa wujud juga. Bukankah macam ini? Bagi orang lain, tidak semestinya kedua-duanya wujud pada masa yang sama, tetapi perkara tersebut mungkin terjadi. Siapa tahu, kan?

Mengapakah pencemaran bahasa wujud? Adakah pencemaran bahasa sama dengan kebiadapan berbahasa? Hah… Inilah persoalannya. Jika kebiadapan berbahasa sama dengan pencemaran bahasa, maka pencemaran bahasa wujud. Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah sama dan berkaitan di antara satu sama lain.

Kita pun sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang berperasaan. Siapalah yang tak tahu, kan? Haha! Dengan itu, kita sering menggunakan bahasa untuk menggambarkan perasaan kita. Ada sesetengah orang kerap menggunakan bahasa yang biadap untuk melepaskan perasaan atau tekanan mereka kononnya lebih hebat dan macho serta dapat menakutkan dan membuli orang lain. Kebiadapan inilah yang akan menyebabkan pencemaran bahasa berlaku. Terdapat juga orang yang suka berfikir kotor atau lucah dan suka bercakap tentang lucah. Secara langsung dan tidak langsung, ini juga akan mencemarkan bahasa tidak kira bahasa apa pun, kan?

Inilah pendapat saya tetapi sehinggalah tutorial Metodologi Penyelidikan hari Selasa yang lepas, rakan tutorial saya telah membentangkan permasalahan kajian dan objektif kajian. Tajuk tesisnya berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam media. Rupa-rupanya bahasa rojak juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Kenapalah saya tidak terfikir tentang point ini? Oleh itu, saya pun berfikir lagi tentang bahasa rojak. Jika berfikir dengan lebih mendalam lagi, memang bahasa rojak daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang berpelajaran atau tidak berpelajaran, jika mereka kerap menggunakan bahasa rojak, sudah pastinya lama-kelamaan akan mencemarkan bahasa. Maksud saya adalah penggunaan bahasa rojak secara meluas akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Itu mungkin terjadi tetapi bila akan berlaku? Hanyalah Tuhan sahaja yang tahu.

Saya turut terfikir tentang bahasa pinjaman. Mungkinkah bahasa pinjaman juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa? Tetapi bahasa pinjaman ini mungkin akan menyebabkan sesuatu bahasa tersebut menjadi tidak begitu tulen sahaja, kan? Tidak seteruk mencemarkan sesuatu bahasa kut? Tidak pastilah! Tetapi ada kemungkinan juga, kan?

3 comments:

cptlah post lagi...hehehe..hey,kite tertinggal something le,bila kite ajar buat layout tu..dah sampai bilik baru ingat,kalo awk carik layout y suruh copy paste..go to edit template,then revert to classic template,then paste kat situ..sory2 lupe lohhh..pergilah tukar layout,layout ni too cute 4 minah rempit..hahaha

 

hahahha.momo jahat!

honeyb post la lg...
xkn kmi nk comment kt pcemaran bhs je...
skemat tul la minah rempit ni!hahahahaha.

 

momo ni memang jahat la.....minah rempit tak boleh cute ke? haha