H1N1 yang semakin menakutkan!!!!!

H1N1 memang sangat menakutkan. Bilalah virus ini akan melesap selama-lamanya? Hanya 26 hari sahaja telah meragut 59 orang. Hari ini pulak 3 orang lagi telah meninggal dunia disebabkan oleh virus ini!!! Hari ini meragut 3 orang lagi nyawa yang berharga ini menjadi 62 kes!!!

Tetapi apa yang saya rasa agak pelik ialah adakah keadaan ini tidak begitu membimbangkan? Dalam masa yang singkat ini kematian telah meningkat sehingga 62 kes. Jika diteliti dengan teliti, purata sebanyak 2-3 kes kematian berlaku setiap hari. Pergi mana pun kena pakailah mask. Tetapi ramai juga orang yang tidak pakai mask. Adakah mereka merasa bahawa kadar menghidap penyakit ini adalah rendah? Atau mereka memang tidak risaupun akan kena penyakit ini? Atau mereka tidak takut akan mati?

Mask pun bukannya mahal sangat. Pakai pun tak begitu leceh! Tapi, kalau kekurangan stok, mahal pun kena beli juga. 10sen, 20sen, 70sen,80sen juga ada dijual di hometown saya. Tapi, sekejap sahaja telah habis dijual! Minggu lepas mereka kata di sekitar bangi juga kehabisan stok! Kenalah pergi ke balakong beli di 7-11. Tau tak berapa harganya? RM1.30!!!! Nak tak nak beli? Kenalah beli juga. Sebab takut mati!!!Haha!!!!

Harap-haraplah rakyat sekalian sentiasa menjaga kesihatan diri. Jika batuk atau selsema, pakailah mask tu!!! Janganlah menyebarkan virus-virus!!!! Bahaya juga tu.

5 comments:

honey b...
pe y u merepek ni???huhuhuhu.
siap ulang2 byk kli lg satu2 ayt.haiya~~
huhuhuhu.

nk tnye...u gne kew mask g class???hahahaaha.=p
[jahat je i...]=p

 

honey b...
lg 1 u btlkn la mse kt blog u ni.
xbes la slh tyme...hehehehehe.=p

u g kt setting, klik kt formatting, g kt time zone, tukar ke (GMT + 08.00)Kuala Lumpur.
ok?huhuhu (^,~)

 

Haha...Tanya je napa tp kalau nak tau Honeyb ni pun tak pakai time gi clas. Somemore nak kata napa org lain tak pakai. Ish3X... Haha...Betul ke takut mati???Hoho...

 

kalo tgk bilangan y kene mmg menakutkan, 3000 lebih kene h1n1...kat rumah momo lagi lah,sudah habis..kene carik kat tempat lain juga..tp momo try pakai mask..rasanye momo blh msk hospital bkn sbb h1n1 tp sbb sesak nafas bila tercungap2,then bila pakai,bila tgh tercungap2,udara tu naik ke atas dan menyebabkan my glasses berwap okeyyy.. ish mmg xretilah nk pakai nih..

p/s:tercungap sbb kejar train n bas okeyyy

 

aritu naik train...satu gerabak tu, momo sorg je pakai mask (time tu mlm xramai org)..