Syioknya...hahahahah!!!!

Hahahaha!!!!!Tak pernahpun dapat banyak komen blog dari rakan-rakan selama ini.....
Kali ini memang syiok...Tau tak kenapa????Blog tentang Diang memang mendapat komen yang banyak sekali dari rakan-rakan.....Maklumlah....Diang ni memang cute betul....Bertuahnya dapat berkenalan dengannya dan tidak lupa juga akan-rakan yang lain...Thanks frens!!!!Frenz forever :-)

Cute cute Diang

Haha...Diang ni......ingat tak 'sayang sayang, sayang sayang sayang'!!!!
Berdirinya bulu roma saya ni....rasanya seluruh rakan kelas juga rasa macam tu....Hehe....
Yang bukan tutorial pukul 2 tu, tak dapatlah dengar 'sayang' yang begitu 'touch'!!Haha!!!
Sebenarnya, Diang dari Za'ba ni sangat cute....suka menyanyi semasa tutorial ling & komputer..
Rasanya En.Ajay juga rasa macam tu...hohoho...Selain tu, saya juga suka tengok Diang dan Gong Cheng....Kalakarnya bila nampak seorang 'memaksa cinta' dan seorang lagi 'dipaksa cinta'...Hahah....Just kidding jer...Hope Diang x mind...

tesis.....tesis....

Tesis......oh tesis.....
Bilalah nak habislah ni.....
Hari hari jugak kenalah fikirkan tesis......

H1N1 yang semakin menakutkan!!!!!

H1N1 memang sangat menakutkan. Bilalah virus ini akan melesap selama-lamanya? Hanya 26 hari sahaja telah meragut 59 orang. Hari ini pulak 3 orang lagi telah meninggal dunia disebabkan oleh virus ini!!! Hari ini meragut 3 orang lagi nyawa yang berharga ini menjadi 62 kes!!!

Tetapi apa yang saya rasa agak pelik ialah adakah keadaan ini tidak begitu membimbangkan? Dalam masa yang singkat ini kematian telah meningkat sehingga 62 kes. Jika diteliti dengan teliti, purata sebanyak 2-3 kes kematian berlaku setiap hari. Pergi mana pun kena pakailah mask. Tetapi ramai juga orang yang tidak pakai mask. Adakah mereka merasa bahawa kadar menghidap penyakit ini adalah rendah? Atau mereka memang tidak risaupun akan kena penyakit ini? Atau mereka tidak takut akan mati?

Mask pun bukannya mahal sangat. Pakai pun tak begitu leceh! Tapi, kalau kekurangan stok, mahal pun kena beli juga. 10sen, 20sen, 70sen,80sen juga ada dijual di hometown saya. Tapi, sekejap sahaja telah habis dijual! Minggu lepas mereka kata di sekitar bangi juga kehabisan stok! Kenalah pergi ke balakong beli di 7-11. Tau tak berapa harganya? RM1.30!!!! Nak tak nak beli? Kenalah beli juga. Sebab takut mati!!!Haha!!!!

Harap-haraplah rakyat sekalian sentiasa menjaga kesihatan diri. Jika batuk atau selsema, pakailah mask tu!!! Janganlah menyebarkan virus-virus!!!! Bahaya juga tu.

Pendapat tentang pencemaran bahasa.

Adakah pencemaran bahasa wujud? Pada pendapat saya, pencemaran bahasa memang wujud. Hal ini demikian kerana dengan wujudnya budi bahasa, sudah tentunya pencemaran bahasa wujud juga. Bukankah macam ini? Bagi orang lain, tidak semestinya kedua-duanya wujud pada masa yang sama, tetapi perkara tersebut mungkin terjadi. Siapa tahu, kan?

Mengapakah pencemaran bahasa wujud? Adakah pencemaran bahasa sama dengan kebiadapan berbahasa? Hah… Inilah persoalannya. Jika kebiadapan berbahasa sama dengan pencemaran bahasa, maka pencemaran bahasa wujud. Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah sama dan berkaitan di antara satu sama lain.

Kita pun sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang berperasaan. Siapalah yang tak tahu, kan? Haha! Dengan itu, kita sering menggunakan bahasa untuk menggambarkan perasaan kita. Ada sesetengah orang kerap menggunakan bahasa yang biadap untuk melepaskan perasaan atau tekanan mereka kononnya lebih hebat dan macho serta dapat menakutkan dan membuli orang lain. Kebiadapan inilah yang akan menyebabkan pencemaran bahasa berlaku. Terdapat juga orang yang suka berfikir kotor atau lucah dan suka bercakap tentang lucah. Secara langsung dan tidak langsung, ini juga akan mencemarkan bahasa tidak kira bahasa apa pun, kan?

Inilah pendapat saya tetapi sehinggalah tutorial Metodologi Penyelidikan hari Selasa yang lepas, rakan tutorial saya telah membentangkan permasalahan kajian dan objektif kajian. Tajuk tesisnya berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam media. Rupa-rupanya bahasa rojak juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Kenapalah saya tidak terfikir tentang point ini? Oleh itu, saya pun berfikir lagi tentang bahasa rojak. Jika berfikir dengan lebih mendalam lagi, memang bahasa rojak daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang berpelajaran atau tidak berpelajaran, jika mereka kerap menggunakan bahasa rojak, sudah pastinya lama-kelamaan akan mencemarkan bahasa. Maksud saya adalah penggunaan bahasa rojak secara meluas akan mengakibatkan pencemaran bahasa. Itu mungkin terjadi tetapi bila akan berlaku? Hanyalah Tuhan sahaja yang tahu.

Saya turut terfikir tentang bahasa pinjaman. Mungkinkah bahasa pinjaman juga akan mengakibatkan pencemaran bahasa? Tetapi bahasa pinjaman ini mungkin akan menyebabkan sesuatu bahasa tersebut menjadi tidak begitu tulen sahaja, kan? Tidak seteruk mencemarkan sesuatu bahasa kut? Tidak pastilah! Tetapi ada kemungkinan juga, kan?